Langkah 2

 By : Nor Nadiatul Binti Mhd Noor & Siti Norhayati Binti Sohaimi


1. Maklumat yang relevan dari sumber yang boleh dipercayai untuk mengenal pasti punca gejala dadah yang melibatkan remaja.

 Menurut United Nation Office on Drugs and Crime (2007), penglibatan remaja dalam penyalahgunaan bahan secara global, semakin meningkat. Artikel ini memaparkan dapatan penyelidikan yang bertujuan untuk mengkaji peranan gaya keibubapaan, identiti etnik, sosio-demografi keluarga/diri dan faktor sekolah dalam penyalahgunaan bahan di kalangan remaja tingkatan 1, 2, dan 4 di Sarawak. Kajian ini berbentuk survei keratan rentas yang melibatkan penggunaan soal selidik untuk mengumpul data yang dikehendaki. Sampel kajian terdiri daripada 6798 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 dari 34 buah sekolah menengah di 11 bahagian di Sarawak. Pelajar melaporkan kadar penyalahgunaan arak dan rokok yang membimbangkan dengan satu perempat pelajar menyatakan segelintir kawan rapat mereka terlibat dalam aktiviti ini. Lazimnya, pelajar lelaki, pelajar Bumiputera dan pelajar sekolah luar bandar mempunyai persepsi bahawa lebih ramai rakan rapat mereka terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan bahan tersebut.

 

 

2.Maklumat di penyampaian naratif

       Gejala dadah yang melibatkan remaja hangat diperkatakan oleh pihak atasan dan mayarakat.Hal ini kerana ia boleh memberikan gambaran buruk terhadap masyarakat kerana golongan remaja merupakan generasi yang bakal mengganti pemimpin dan penggerak masa hadapan negara.Jika masalah ini tidak  dapat diselesaikan maka buruklah padahnya kepada masyarakat dan juga negara ibarat sudah terhantuk baru terngadah.Masalah ini juga bukan perkara baru dalam negara kita malah di negara lain juga.Statistik menunjukkan bahawa purata bilangan remaja yang terlibat dalam masalah ini ialah sebanyak 0.5%.

       Masalah ini berlaku kerana terdapat beberapa faktor.Antaranya ialah,remeja mempunyai sikap ingin tahu dalam diri.Hal ini kerana,semakin meningkat umur,semakin banyak perkara yang ingin mereka tahu dan pelajari.Ada perkara yang memberi kebaikkan malah ada juga yang memberi keburukkan dan kemudaratan.Justeru itu,remaja seharusnya dipantau dan dibimbing oleh orang disekeliling terutamanya ahli keluarga akan tindak tanduk serta tingkah laku merekaSelain itu, golongan remaja yang bergelut dengan sesetengah penyakit mungkin mempunyai idea untuk menggunakan dadah  untuk meringankan rasa sakit yang mereka alami.Seterusnya,golongan remaja juga mungkin merasa kesepian .Mereka lebih cenderung menggunakan dadah agar mereka berasa gembira dan melepaskan kesepian.Akhir sekali,golongan remaja juga mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang memudahkan mereka mengambil dadah.


3-Menganalisis dan membincangkan maklumat untuk setiap sebab yang telah dikenal pasti

MENGANALISIS MASALAH

MEMBINCANGKAN MAKLUMAT SETIAP SEBAB YANG DIKENAL PASTI

Rasa ingin tahu

Akan mendorong mereka untuk mencuba sesuatu seperti ganja dan alkohol.

Merawat diri sendiri

Mereka yang terlibat dalam sesetengah penyakit mungkin mempunyai idea untuk menggunakan dadah untuk mengurangkan sakit yang mereka alami.

Kesepian

Mereka cenderung menggunakan dadah agar mereka berasa gembira dan melepaskan perasaan kesepian yang mereka alami.

Pengaruh rakan sebaya

Terlibat dengan mereka yang menggunakan dadah boleh mendorong seeseorang itu untuk terpalit dengan masalah ini dan melakukan Tindakan yang tidak dapat diterima hanya untuk menunjukkan kesetiaan.

 

4- Kesimpulan tentang maklumat yang diperolehi

 Kesimpulannya, dadah membawa kesan yang buruk kepada remaja. Penyalahhgunaan dadah dalam kalangan remaja berpunca daripada banyak faktor yang mengakibatkan masalah sosial berlaku. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu dalam menangani masalah ini daripafa terus berlaku. Antara pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak kerajaan perlulah mengatur strategik untuk menangani masalah ini. Namun, ia tidak akan Berjaya sekiranya tiada kerjasama daripada rakyat. Kita sebagai rakyat mestilah dapat memberikan kerjasama untuk membanteras masalah ini. Ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan dalam menangani masalah ini dengan membimbing anak anak mereka supaya menjauhi dadah. Akhir kata, kita semua haruslah terus memerangi dadah agar masyarakat kita tidak lagi menjadi mangsa dadah yang lemah.

 

Rujukan

1-- Faktor seseorang terjebak dalam menyalahgunakan dadah  https://iluminasi.com/bm/8-sebab-utama-mengapa-seseorang-mengambil-dadah.html

2---Data statistik penyalahgunaan dadah  https://www.adk.gov.my/en/public/drugs-statistics/

3--Maklumat yang diperolehi daripada surat khabar https://www.sinarharian.com.my/article/108916/BERITA/Nasional/Remaja-paling-berisiko-terlibat-dadah

 


Comments

Popular posts from this blog

Langkah 5

Langkah 3