Langkah 3
By : Nur Aina Fatini binti Mohd Khairo dan Nor Ainina binti Robani
Step 3:
Dasawarsa ini,sama ada kita sedar ataupun tidak,kita telah dihidangkan dengan pelbagai pembangunan politik,ekonomi dan sosial yang semakin gah di mata dunia. Namun,di sebalik kejayaan itu,kita acap kali tersentak dengan permasalahan penagihan dadah dalam kalangan rakyat kita. Setiap tahun,jumlah penagih dadah semakin meningkat terutama sekali dalam kalangan remaja. Rakyat pula hanya tahu menuding jari mereka pada pihak kerajaan kerana peningkatan yang berlaku. Sememangnya kita telah sedia maklum bahawa penagih dadah sukar untuk meninggalkan najis dadah ini kerana bahan nikotin yang terdapat di dalam dadah yang menyebabkan ketagihan. Golongan penagih dadah ini pula tidak boleh dihalang daripada berhenti menghisap dadah secara tiba-tiba. Mengikut konsep ‘Mencegah itu lebih baik daripada merawat’,jumlah penagih dadah harus dikurangkan daripada mengurangkan jumlah penagih dadah yang perlu dirawat. Oleh hal yang demikian,kita haruslah melaksanakan beberapa langkah yang efektif dan pragmatik bagi mengatasi masalah penagihan dadah.
Antara cara penyelesaian yang dapat dilakukan bagi mengatasi isu penagihan dadah dalam kalangan remaja adalah pihak kerajaan perlulah mengadakan kempen kesedaran tentang bahaya dadah. Hal ini justeru dapat mengajar masyarakat tentang bahana dadah kepada diri. Kempen kesedaran juga dapat mengajak masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi semasa berkaitan dadah. Namun yang demikian, penganjuran kempen sedikit sebanyak tidak lagi relevan dalam kalangan masyarakat kini terutamanya remaja. Hal ini kerana remaja tidak tertarik akan acara yang yang melibatkan ucapan yang panjang seperti ceramah.
Seterusnya,kerajaan perlu menubuhkan pusat pemulihan dadah.Penagih akan mendapatkan rawatan sama ada dari pelbagai umur,bangsa dan agama.Rawatan akan diberikan dalam masa satu bulan,dua bulan dan tiga bulan tetapi sejak akhir ini ramai penagih memerlukan rawatan selama empat bulan hingga enam bulan.Terdapat kelemahan tentang rawatan ini kerana ramai penagih melarikan diri dari pusat pemulihan kerana tidak mahu mendapatkan rawatan dan mendapat bantuan dari luar untuk melarikan diri.
Selain itu, masyarakat juga berperanan dalam menjayakan misi ini dengan cara mewujudkan institusi masyarakat seperti Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu kawasan kediaman untuk bebas dari najis dadah. Hal ini dikatakan sedemikian kerana Kawasan penagihan dadah dapat dijejak dan dibanteras dengan kadar segera. Namun demikian, usaha ini perlu menggunakan tenaga yang banyak kerana mempunyai banyak tugas yang berat dan akan menjadi sebuah isu jika penduduk kampung itu tidak bertanggungjawab atas tugas yang perlu dilakukan mereka.
Pihak kerajaan perlu mengenakan hukuman yang berat bagi mengatasi gejala dadah dalam kalangan remaja.Hukuman yang diberikan adalah satu pengajaran bagi penagih dadah agar tidak mengambil dadah jika tidak memerlukannya dan memberi pengajaran bagi individu yang lain agar tidak mengambil dadah.Hukuman paling berat yang dikenakan adalah gantung sampai mati bagi pengedar dadah.Namun terdapat kelemahan kerana ramai tidak mengambil iktibar daripada hukuman yang diberikan dan terus melakukan kesalahan mengambil dadah.
Rujukan
1.Jiffar, S. (2016, April 15). Rawat ketagihan dadah dalam tempoh enam bulan. Berita Harian https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/04/144249/rawat-ketagihan-dadah-dalam-tempoh-enam-bulan
2.Langkah-Langkah Mengatasi Penyalahgunaan Dadah. (2010, October 23). Elmoolover’s Blog. https://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/langkah-langkah-mengatasi-penyalahgunaan-dadah/
Comments
Post a Comment