Langkah 1
By : Siti Nur Fatihah Binti Khairulazman
THE AVIATION TEAM
Kumpulan ini terdiri daripada 6 ahli penuntut di Universiti
Malaysia Pahang. Kumpulan ini mula dibentuk mengikut sewaktu subjek Fizik (Sem
0). Kini, saya, Siti Nur Fatihah Binti Khairulazman selaku ketua kumpulan ini
akan memperkenalkan setiap ahli kumpulan di dalam bentuk carta aliran di bawah
:
Setiap penuntut berasal daripada negeri yang berbeza seperti Perak, Terengganu, Kelantan, Selangor dan Pahang. Kami memulakan blog pada kali ini dengan Bismillahirrahmanirahim...
Step 1: Pengenalan
Penyalahgunaan dadah semakin berleluasa di seluruh negara tak kira di mana jua. Semakin banyak golongan yang terlibat dalam kes jenayah dadah terutama sekali dalam kalangan remaja. Kenapa remaja? Ya... Ini disebabkan remaja zaman sekarang terlalu senang untuk dipengaruhi oleh toksik persekitarannya. Contohnya, paling terdekat ialah pengaruh buruk daripada rakan sebaya yang mendorong mereka untuk mencuba dadah sehingga menyebabkan ketagihan. Remaja zaman sekarang bukan sahaja terlibat dengan penyalahgunaan dadah, tetapi mereka juga terlibat dalam pengedaran dadah yang dikenali juga sebagai keldai dadah yang boleh menyebabkan mereka dipenjara seumur hidup atau hukuman mati. Lebih membimbangkan lagi, remaja sekolah juga turut terbabit dalam kes jenayah di Malaysia. Menurut akhbar Sinar Harian, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Zulkifli Abdullah berkata, seramai 1,275 orang positif pelbagai jenis dadah daripada 42,409 murid sekolah menengah di seluruh negara yang disaring tahun lalu. Jadi, mari kita sama-sama membahaskan tentang isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja.
Koordinat
Kumpulan
Comments
Post a Comment